Sunday, 16 December 2012
Hipokritkah Aku?
Posted by
Azham Ibn Abd Razak
at
12/16/2012 09:42:00 am
Salam ukhuwah , Salam Mahabbah . Alhamdulillah
syukur dan tahniah jika anda semua masih lagi tinggi dengan iman dan akal. Yang
masih boleh memisahkan hak dan batil dengan akal fikiran yang jernih tanpa
dikotori dengan apa2 unsur yang boleh menyesatkan. Alhamdulillah sekali kali
kerana saya diberi kesempatan untuk meng’update’ blog ni.
Pada setiap petang yang hening , saya bersama
sahabat2 akan melepak ditepi padang. Kehidupan diasrama , haha. Sementara menunggu
paper pada hari seterusnya. Release tension. Membincangkan isu2 semasa. Dari
hati ke hati. Haha. Pada suatu hari , kami membincangkan isu Hipokrit. Hipokrit?
, emmm , hahaha , ada pro dan kontranya. Ada baik ada buruknya. Eh , hiporkit
pon baik ke? Hipokrit bukan buruk ke semuanya? Mesti ada yang cakap macam tu..
Okey lah..
Emmm , saya bagi satu cerita(rekaan semata).
Hakimi(bukan nama sebenar) seorang senior di sebuah sekolah menengah kebangsaan
agama , seorang exco badan dakwah dan rohani , dan seorang exco asrama. Seorang
yang menjaga ikhtilat(pergaulan) dengan perempuan. Hakimi sering memberi
tazkirah disurau asrama. Seringkali memberi pendapat yang positif , dan menegur
sahabat2 beliau dan junior2 beliau. Hakimi juga seorang yang digemari oleh
guru-gurunya kerana sifatnya. Alhamdulillah.
“Bukan main bahagia lagi kau dengan Hana(bukan
nama sebenar) semalam?” soal Hakimi curiga. Perbuatan sahabatnya, Ariff,
menggugat ketenangan dan kewibawaannya sebagai seorang sahabat karib.
“Aku tak suka. Perkara tu Allah larang,”kata
Hakimi.. Alhamdulillah , Bagus si Hakimi ni kan? , tegur sahabatnya mengenai
baik buruk. Emm , ye lahh. Langsung tak boleh tengok pasangan ‘couple’ di
sekolah. Tangkap gambar berdua pun tak boleh , semua ditentangnya.
Tapi semua itu hanya disekolah sahaja. Di luar
, Hakimi(bukan nama sebenar) seoarang
yang gemar bersosial.Langsung tidak menjaga batas-batas pergaulan. Dia lupa
akan ceramah dan tazkirah yang pernah diberinya disekolah dan asrama.Pernah
sekali dia menelefon seorang perempuan sehingga lewat malam. Melunak-lunakkan
suara. Pernah juga mengambil gambar berduaan dengan perempuan. Ishhh~ Emm ,
okey. Ni adalah hipokrit yang buruk.
“Ada hipokrit yang baik ke?”
“Ada. Siapa kata tak ad?”
Saya bagi satu cerita. Qistina(bukan nama
sebenar) adalah seorang exco asrama dan exco badan dakwah dan rohani di sebuah
sekolah menengah kebangsaan agama. Qistina sering memberi ceramah dan tazkirah
di surau. Seorang yang baik , muslimah dan bersopan santun. Qistina juga sering
datang awal ke surau untuk membaca al-mathurat dan Al-Quran.
Tapi ,
Qistina tidak melakukan rutin harian asramanya di rumah. Dia hanya melakukannya
diasrama sahaja. Tapi , timbul rasa di hati Qistina “emm , aku buat semuanya
diasrama , tapi bila dekat rumah , aku buat yang wajib je. Al-Quran pun
kadang-kadang je. Subuh gajah jugak kadang2. Aku buat semua tu diasrama pun
sebab nak tunjuk contoh yang baik dekat junior2 , Aku kan exco , badar pulak
tu. Takkan nak tunjuk contoh yang buruk
pada junior.” Getus hati Qistina. “Alaa~ exco BADAR pun pergi surau lambat jugk
ke?” ishh~ , takkan nak biarkan junior2 cakap macam tu. Memalukan Badan Dakwah
dan Rohani je.
Tapi dalam masa yang sama , Qistina sering
berusaha untuk melakukan rutin harian asramanya ketika dirumah. Alhamdulillah ,
sekurang-kurangya Qistina cuba untuk melakukannya. Emm , ini adalah contoh
hipokrit yang baik.Kadang-kadang kita tidak mampu dan berkesempatan untuk
melakukannya dirumah tetapi , kita
bersungguh-sungguh melakukannya di asrama di samping kita cuba dan berusaha
untuk melakukanya dirumah.
Asrama adalah tempat tabiyah yang terbaik. Manfaatkanlah masa diasrama sebaiknya. Wallahu ‘alam. Wassalam.
Subscribe to:
Posts (Atom)