Menjadi khalifah di muka bumi sememangnya banyak tugas.Akan tetapi,manusia leka.Tidak sedar,setiap amalan kebaikan ditulis disebelah kanannya.Terlupa,setiap maksiat dan dosanya dicatat di sebelah kirinya.Duhai mata yang membaca,akal yang berfikir dan hati yang merasa,ku seru diriku dan dirimu,agar kembali mengingati perjanjian kita kepada Allah,bahawa hidup kita …. Mati kita …. Adalah kerana Allah Azza Wajalla .
Friday, 4 November 2011
Remaja
Posted by
Azham Ibn Abd Razak
at
11/04/2011 05:58:00 pm
Kehidupan dan iman seseorang saling berkait dan ada persamaan.Iman seseorang muslim ada naik dan turun.Kehidupan manusia pula selalu disamakan ibarat roda yang berputar , kadangkala diatas dan kadangkala dibawah.Bagaimana seseorang mencorak kehidupannya ia banyak bergantung pada imannya.Jika baik imannya maka baiklah hidupnya.Jika hitam imannya ,maka gelaplah hidupnya.Remaja sekarang memang suka berhibur.Hiburan dianggap sebagai tujuan dan pelangkap kehidupan.Ada orang yang tidak boleh tidak paginya mendengar lagu.Ada orang yang tidak boleh tidak harinya menonton televisyen.Tidak sah dalam diarinya jika tidak menyanyi,mendengar lagu,malah seudah cukup hanya sekadar bercerita tentang artis kesayangannya.Ada yang menggunting wajah dan artis kesayangannya,lalu ditampal dibilik,dilekat diatas meja studynya,dan ada juga yang menyimpan dalam didalam buku,wallet,dan telefon bimbitnya.
Berada diakhir zaman,remaja tidak sedar yang mereka dicengkam pengaruh hedonism.Tanpa hiburan,sunyi katanya.Tanpa hiburan,moody sepanjang harinya.
Islam tidak pernah menghalang umatnya berhibur.Kalautidak,masakan Nabi sendiri pernah menonton pertunjukan kesenian bersama isteri baginda,Saidatina Aisyah.Nabi juga tidak menegah apabila melihat beberapa orang hamba memainkan gendang katika hari raya.Nabi juga gemar bergurau dan tersenyum sehingga menampakkan barus-baris giginya yang bersinar.Senyuman satu hiburan buat kita dan juga orang lain.Dengan senyuman,hati akan mula ceria,yang melihatnya juga akan berasa gembira.
Tetapi ,
Hiburan,gurauan dan senyuman ada batasnya.Islam menyuruh umatnya memilih hiburan yang betul.Hiburan itu indah,jangan dicemarinya dengan lirik-lirik lagu yang mengkhayalkan dan melalaikan daripada mengingati Allah.Jangan juga dikotori dengan rentak-rentak irama yang menggelapkan pemikiran daripada mengingati Allah.
Gurauan , ia penyeri kehidupan.Tanpa gurauan,hati mudah tersentuh dan merasa tertekan.Berguraulah sekadarnya,kerana Islam amat sukakan umatnya bersederhana.Untuk bergurau,kita tidak perlu menggunakan kata-kata kesat,mengejek,apatah lagi merendah-rendahkan orang lain.Walaupun tujuannya bergurau,tetapi caranya tidak kena,kerana ‘Matlamat tidak pernah menghalalkan cara’
Senyuman …. Menceriakan suasana.Wajah yang sentiasa tersenyum dilihat tenang dan tiada masalah.Senyuman kadangkala disalahguna dan disalaherti.Perempuan yang suka tersenyum dan tujuannya memikat lelaki,samalah ertinya dengan menggoda.Lelaki pula yang tidak menjaga mata suka benar mencuri-curi lihat senyuman perempaun.Senyuman yang ikhlas,tidak dibuat-buat.Orang yang beriman tidak pula menggunakannya untuk melihat sesuatu yang haram baginya.
Menjadi khalifah di muka bumi sememangnya banyak tugas.Akan tetapi,manusia leka.Tidak sedar,setiap amalan kebaikan ditulis disebelah kanannya.Terlupa,setiap maksiat dan dosanya dicatat di sebelah kirinya.Duhai mata yang membaca,akal yang berfikir dan hati yang merasa,ku seru diriku dan dirimu,agar kembali mengingati perjanjian kita kepada Allah,bahawa hidup kita …. Mati kita …. Adalah kerana Allah Azza Wajalla .
JANGAN hidup dibumi-Nya,andai tegar melakukan dosa.JANGAN hirup nafas dibumi-Nya,andai hidup bertuhankan nafsu semata.JANGAN melihat dengan mata kurniaan-Nya,andai mahu melihat dosa.JANGAN bercakap dengan bibir kurniaan-Nya,andai mahu mengeji.mengumpat dan mencerca.
Wallahua’lam….
Subscribe to:
Post Comments (Atom)

0 comments:
Post a Comment