Monday, 12 December 2011
Adam feat Hawa
Posted by
Azham Ibn Abd Razak
at
12/12/2011 04:39:00 pm
Cinta itu fitrah.Tak salah jika anda ingin disayangi dan menyayangi.Tapi ingatlah,wahai Kaum Hawa kaulah fitrah hiasan dunia.Kau juga fitnah dunia bagi Kaum Adam.Ya,memang tidak dinafikan lagi bahawa kau mempunyai perasaan yang halus,perasaan yang ingin disayangi,dibelai dan dimanja.Sekali lagi saya nyatakan ‘Cinta Itu Fitrah’,Anugerah yang tidak ternilai daripada Allah.Wahai Kaum Adam dan Kaum Hawa!!Janganlah kau cemari cinta ini dengan fitnah,Janganlah kau merendahkan martabat cinta dengan serendah-rendahnya yang mana fitrahnya suci.Wahai Kaum Hawa,jika benar kau mencintainya kerana Allah masakan kau bisa melunakkan suara dengan tusukan panahan yang menggoda .
Kau mengasihinya kerana Allah.Cinta itu tak salah.Maka,peliharalah cinta itu dengan rasa malu akan Allah dan takut akan murka-Nya.Andai kau mengutamakan Allah,kau tak akan gelisah dalam norma kehidupan harian.Andai si dia lumpuh tanpa berita,bisu tanpa suara,walau teknologi di depan mata,kau tetap takkan rindu. Andai bait cinta tak terluah kerana kau tahu yang dia menyimpannya khusus untuk orang yang dipertemukan buat pertama kalinya!Kerana kau yakin bahawa Allah yang terbaik.Kau juga percaya bahawa Allah akan mempertemukan jodoh yang terbaik untukmu.Andai dia yang terbaik untukmu,akan Allah satukan jua hatimu dan hatinya,hanya dengan aqad yang sah iaitu halal bagimu yang dahulunya haram.Andai benar jodoh kau dengannya ,maka yakinlah!Adakah benar kau meyakini takdir-Nya?
Cinta Agung adalah cintaNya.Begitu tinggi prioritinya cinta kepada Sang Pencipta.Ingatlah,cinta manusia bakal membutkannya alpa.Jangan mencintainya lebih dari kau mencintai Yang Maha Esa.Jangan sesekali kau mengingatinya lebih dari kau mengingati Yang Maha Kuasa.Jangan mendoakannya lebih dari kau mendoakan ibu bapamu.Tolong katakan pada dirimu,dahulukan Allah kerana ada Syurga disisiNya.Dahulukan Ibu bapamu kerana ditelapak kakinya ada Syurga.
Kaum Adam,perbetulkan niatmu.Kau mencintainnya kerana Allah.Kau terpikat pada imannya bukan sekadar rupa.Kau lebih cintakan akhlaknya bukan harta.Kau kasih kerana santunnya.Tolong tegur dirimu bila kau mula mengagungkan cinta manusia,Bila kau tenggelam dalam angan-anganmu.Andai nafsu mengawal perasaan,tolong sedarkan dirimu kau milik Yang Maha Esa,Wahai kaum adam,kau milik keluarga,besar tanggungjawabmu terhadap keluargamu .Tolong sabarkan dirimu,andai dirinya enggan dirapati kerana menjaga batasan cinta.
Wahai kaum adam,letakkanlah Dia melebihi cinta kepada si dia.Andai kau menyayanginya kerana-Nya,kau takkan bisa menggodanya,kerana kau tahu dia punya 9 nafsu 1 akal yang mana mungkin 1 akal menguasai 9 nafsu.Andai kau mengasihinya kerana-Nya kau takkan bisa menyuntik hubungan percintaan kau sebelum pernikahan.Menyentuhnya walau yang “ringan” kerana kau tahu perbuatan itu adalah perbuatan yang menghampiri zina dan kau juga tahu kesannya iaitu murka Allah dan tempatnya di api yang menjulang tinggi.Na’uzubillahiminzalik.Apakah benar kau mengasihinya?Andai kau relakan dia terjun ke neraka-Nya? Bila jarak menjadi penyebab bertambah rindumu tolong pesan pada dirimu ,kau tidak mahu menjadi fitnah besar kepadanya.Kau tidak mahu menjadi punca kegagalan.Kau membiarkan Yang Maha Esa menjaga dirimu.Tolong khabarkan padanya yang kau tidak mahu melekakan dia,kau mahu berjaya dalam impian dan cita-citamu.Jadilah penyokong dalam kejayaanmu.Kau mendambakan cinta suci yang terjaga.Cinta kerana Allah tidak ternilai harganya .
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
0 comments:
Post a Comment