Thursday, 27 October 2011

Sahabat Sejati

Ukhuwah dibina atas dasar keimanan.Dan daripada keimanan berbuahnya keihklasan.Keikhlasan itulah yang membuat kita bergerak mengasihi sahabat kita tanpa mendambakan apa-apa balasan.Manusia(sahabat) sering datang dan pergi dalam kehidupan kita.Mereka cuma menjadi pelakon tambahan dalam lakonan kita di dunia.Jika baik watak mereka maka baiklah jalan cerita kita di dunia ini.

Zaman persekolahan sekarang ini hanyalah cuma persediaan bagi kita sebelum melangkah kedunia Allah yang lebih luas nanti,terutamanya di alam IPT nanti.Kita akan berjumpa dengan bermacam-macam jenis manusia dengan berbagai-bagai ragam.

Dalam konteks persahabatan atau percintaan,kalau namanya 'sahabat',tiada istilah putus hubungan kerana persahabatan yang dibina atas dasar keimanan itu adalah sepanjang hayat.Sahabat yang terbaik adalah sahabat yang sanggup melebihkan sahabat daripada dirinya sendiri(itsar) dan sanggup berkorban masa dan wang untuk sahabat.

Sahabat yang baik adalah sahabat yang sentiasa menjaga sahabatnya daripada keaiban disebabkan oleh mulut dan perbuatannya.Sahabat yang beriman adalah sahabat yang bila kita bersamanya akan mengingatkan kita tentang dosa dan pahala dan setiap kata-katanya pasti akan mengingatkan kita kepada Allah.Manakala sahabat yang sebaliknya pula adalah sahabat yang sentiasa mengajak kita kepada jalan kemaksiatan.

Tapi,zaman sekarang tidak faham akan erti sebenar persahabatan yang berlandaskan keimanan.Ada pun persahabatan sekarang ini dibina atas dasar nafsu dan perasaan dan bukan berpaksikan keimanan kepada Allah.Ramai orang menjadikan 'persahabatan' sebagai alasan untuk tujuan nafsu dan perasaan.

Namun sekarang,persahabatan yang dibina berlandaskan kemanisan ukhuwah sering disalah tafsir oleh segolongan orang yang tidak faham akan erti ukhuwah yang sebenar sehingga menyebabkan fitnah.Oleh itu , sedarlah sahabat !! Setiap su'u dzon itu sebenarnya datang daripada syaitan yang mengarahkan seseorang untuk memikir dan menganggap sesuatu yang tidak baik.Sesuai dengan konteks kita pada akhir zaman ini,yang namanya zaman fitnah;fitnah berleluasa.

Wa Akhiran,sentiasalah berdoa agar dapat sahabat yang terbaik dan dijauhkan daripada sahabat yang bersahabat kerana nafsu dan perasaan kerana Kaum Nabi Luth dihancurkan kerana perasaan itu.Sekali lagi minta dijauhkan.

2 comments:

Anonymous said...

haha, entry nie menggugat hati. hehe

Anonymous said...

Haha . , no wonder lah . ,

Post a Comment